Selasa, 21 Januari 2014

KURSUS PENDEK 2014 DI KOLEJ KOMUNITI



Assalamualaikum…

Setelah blog saya diterbitkan, ramai yang menanyakan tentang kursus pendek di kolej komuniti ni. Ok, di post ini saya akan cuba menerangkan sedikit sebanyak tentang kursus ini.

Sebenarnya kursus pendek ini diwujudkan khas dengan hasrat pemimpin kita untuk menyediakan rakyatnya ke arah pembelajaran sepanjang hayat. Jangka masa kursus ini diadakan tidaklah lama…Cuma mengambil masa dari 1 hari hingga ke 3 hari sahaja..

Kursus ini sesuaila untuk mereka-mereka yang ingin menambahkan ilmu pengetahuan berdasarkan bidang-bidang yang diminati..Ianya terbuka kepada sesiapa sahaja warganegara Malaysia, dan tidak kirala korang ni kerja apa, kelulusan apa..


Bagi mereka yang bekerja, yang teringin nak tambahkan ilmu kemahiran dalam skill komunikasi, mereka boleh join kursus bahasa Inggeris, kursus Microsoft Excell, kursus penyimpanan akaun, dan sebagainya…


Bagi surirumah pula…saya rasa tidak salah bagi anda menambah ilmu pengetahuan dalam ilmu jahitan, masakan , buat kuihmuih, dan macam-macam lagila..ilmu itu anda boleh gunakan untuk memulakan perniagaan dari rumah…bolehla ada income sendiri…


Saya tengok sekarang kursus masakan kat tempat lain umpamanya, yuran kursus  agak mahal..mencecah ke ratusan ringgit…Tapi kat sini korang kena bayar yurannya dari RM5 hingga RM20 je, berdasarkan kursus yang korang apply ler..


Korang boleh semak senarai jadual kursus yang akan  diadakan sepanjang tahun 2014 ni di link berikut:


 Contoh paparannya adalah seperti berikut:




Itu adalah jadual bagi bulan Januari …Untuk semak jadual pada bulan berikutnya korang boleh semak pada butang carian di atasnya seperti berikut:





Cara nak applynya adalah terlalu mudah..korang  boleh klik kt gambar pensel tu dan isi no kp korang…seterusnya paparan maklumat kursus akan keluar, dan bila korang klik kt perkataan MOHON, 1 borang akan keluar untuk korang isikan…That’s all…semudah ABC kan?





Saya terpanggil untuk berkongsi maklumat ini kerana saya berpendapat bahawa, untuk hidup di zaman sekarang ni, kita perlu sentiasa menambah nilai diri kita dengan pelbagai ilmu kemahiran..Ramai orang yang tidak sedar akan kewujudan kursus pendek di kolej komuniti ini..Saya sendiri sebelum ini tercari-cari kursus pendek yang boleh saya hadiri untuk belajar ilmu kemahiran . Memang ada agensi atau badan lain yang menganjurkan kursus-kursus seperti ini seperti KEMAS dan sebagainya, tetapi sayangnya mereka tidak mewar- warkan informasi dengan meluas . Ingin join kursus anjuran pihak swasta plak…fuh..bayarannya…faham-faham sendirila..


So, setakat ini sahajalah yang saya boleh kongsikan…Saya mengalu-alukan sebarang komen atau perkongsian pendapat dari anda semua. ..