Isnin, 20 Januari 2014

KURSUS KEMAHIRAN DAN BAHASA INGGERIS TERMURAH DENGAN MASA SINGKAT (2014)





Assalamualaikum dan selamat datang ke blog saya..

Sekarang ni harga barang-barang semakin naik ..mengeluh juga bila pergi pasaraya untuk membeli barang keperluan..Bila suami seorang yang bekerja…maka belanja seharian kenala berjimat-cermat..


Sambil buat kerja-kerja rumah seharian, saya terfikir juga, macamana nak tambahkan income dari rumah yer..sebab saya dah malas nak kerja kat opis lagi…ntahla..ijazah yang  diperolehi dengan susah payah 4 tahun tu terselit kemas jer dalam fail…sudahnya…surirumah juga ler profesion saya ni..


Bukan aper, saya mahu menjaga sendiri dua orang anak lelaki tu dan sang suami. Kesian bila tengok anak-anak dulu duk kt pusat asuhan..Macam-macam masalah saya tengok sendiri bila  saya sengaja datang awal jemput anak-anak..kat umah pulak dah jadi cam kapal pecah…tak terurus..Saya ni bila dah kerja, memang full commitment..slalu terpaksa balik lewat nak siapkan tugasan..sebab saya jenis yang tak suka buat kerja bertangguh-tangguh.


Sekarang ni saya buat research camana nak buat kerja-kerja dari rumah. Macam-macam cara yang saya baca kat internet..memang macam-macam informasi yang saya perolehi. Tapi masalahnya…nak libatkan kerja-kerja tersebut kenala ada ilmu yang secukupnya, kan? So, saya pun cuba survey institut atau agensi  yang menyediakan kursus kemahiran di Kelantan ni, yang agak rendah bayarannya dan berdasarkan minat saya sendiri.


Akhirnya!!!!!!! Yes!!!! Dalam banyak-banyak institut  atau agensi, Kolej Komuniti adalah tempat yang paling terbaik bagi surirumah atau individu perseorangan untuk menambahkan ilmu kemahiran. Bayaran yang dikenakan adalah serendah RM5 hingga RM20 (bergantung kepada jenis kursus).  Setiap negeri mempunyai cawangan kolej komuniti dan kursus yang ditawarkan adalah berbeza-beza.


Berikut adalah syarat untuk menyertai kursus jangka pendek di kolej komuniti:

·         * Warganegara Malaysia
·          * Boleh membaca dan menulis

Wah!!!!Senangkan? tiada had umur atau kelulusan akademik yang diperlukan…sape-sape pun boleh join..Rugi kalau korang tak sertai…Bagi sesiapa yang lemah dalam bahasa Inggeris pun ada disediakan kursus untuk Inggeris komunikasi.

Setiap kolej komuniti menyediakan kursus yang berbeza. Korang boleh semak jadual kursus jangka pendek yang terkini (2014) , berdasarkan kolej komuniti cawangan yang berdekatan dengan tempat tinggal dan negeri korang; di link berikut:


Saya berasa begitu teruja untuk mengikuti kursus-kursus yang telah saya daftarkan. Mane nak dapat sekarang kursus kemahiran dengan harga yang murah…Kebetulan saya tinggal berhampiran dengan Kolej Komuniti Kok Lanas. Antara kursus yang ditawarkan di situ adalah:

  • Kursus jahitan
  • Kursus komputer
  • Kursus Bahasa Inggeris
  • Kursus masakan, dan sebagainya..


                                                     JOM JOIN!!!!!!!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan